Oct 30, 2011

Teknik Menggambar

1. LUKISAN
  • antara teknik yang sering digunakan ialah teknik lakaran, garisan, lorekan, silang-menyilang, gurisan, gosokan, campuran dan sebagainya.
2. CATAN
  • cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi
  • menggunakan berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain
  • sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi pelbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar
3. KOLAJ


  • menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih
  • bahan yang berlaian sifat atau jalinan dapat memberi kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar
4. CETAKAN
  • cara menghasilkan karya dengan mencetak.
  • terdapat pelbagai jenis cara cetakan
  • pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan.
  • untuk cetakan jenis blok, imej pada blok disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak di atas permukaan kertas
  • contoh bahan cetakan lain ialah cetakan lino, strawboard dan poliform
5. RESIS
  • menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain contohnya warna air dan warna lilin atau warna air atau cow gum
  • cara dengan menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas.
  • warna air boleh disapukan ke atasnya iaitu kawasan yang tidak berlilin. Warna air akan diserap manakala di kawasan yang berlilin warna air tidak akan diserap. Lilin akan menolak warna air maka terdapat 2 kawasan dengan 2 jenis kesan
  • peringkat sek rendah guna krayon
6. GOSOKAN
  • menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletakkan di atas sesuatu yang kasar. Contohnya duit syiling
  • jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan
7. STENSILAN
  • menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.
  • apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.
  • garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan
8. PERCIKAN
  • menggunakan alat yang boleh memercikkan bahan warna seperti berus (jalinan bertitik)
  • percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas.
  • Objek atau kertas boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlakuy apabila warna kedua dipercikkan
9. GURISAN
  • ia dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.
  • cara melakukannya: permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik supaya gambar terhasil
  • kesan yang berlainan terhasil apabila guna bahan yang berlainan
10. CAPAN
  • ia boleh digolongkan dalam kategori cetakan
  • ia menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan.
  • ia boleh menggunakan berbagai jenis bahan seperti sayuran, cengkerang.
  • jalinan berbagai bahan sama dengan kesan jalinan pada hasil capan.
11. MOZEK
  • cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih.
  • kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan
  • sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.
12. MONTAJ
  • tampalan gambar-gambar yang dipotong yang membentuk satu cerita.
  • bahan- bahan yang digunakan adalah kertas warna, gambar, majalah, surat khabar.

Menggambar

Definisi 

  •  membuat atau menghasilkan gambar
  •  salah satu bidang daripada 4 kegiatan yang terdapat dalam silibus Pendidikan Seni   Visual.
  •  alat media dan bahan untuk menggambar 
Asas Menggambar

• kandungan sesuatu objek atau hal benda dkenali
• sesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak-kanak untuk merangsang dan meningkatkan    
   pengajaran dan pembelajaran. 
• kanak-kanak guna pelbagai alat dan bahan untuk hasilkan gambar mengikut ekspresi sendiri 
  yang bantu perkembangan JERI kanak-kanak.
• kanak-kanak mengalami pengalaman langsung dengan deria ketika menggambar yang bantu 
  memahami idea dan mengkonstruk idea baru yang menghubungkait dengan subjek-subjek 
  lain
• mengembangkan imiginasi, fantasi, kreativiti & ekspresi kanak-kanak ( JERI )


Oct 28, 2011

Jenis Warna

Warna terbahagi kepada 3 bahagian. 

  • Warna Asas 
  • Warna Sekunder
  • Warna Tertier
Warna Asas 
- terdiri daripada warna merah , warna biru  dan kuning. 
- juga dikenali sebagai warna yang tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain.
- merupakan warna utama, yang mana apabila dicampurkan akan menghasilkan lain warna
.
warna asas

Warna Sekunder
- dipanggil warna kedua. 
- dicipta daripada campuran dua warna asas.  
- Warna Sekunder = warna asas + warna asas
- warna sekunder ialah jingga, hijau dan ungu.  
   a) Jingga = merah + kuning 
   b) Ungu = merah + biru
   c) Hijau = kuning + biru

warna sekunder

Warna Tertier
- terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna sekunder.
- Warna tertier = warna asas + warna sekunder
- warna tertier terdiri daripada : 
   a) Biru Ungu = biru + ungu
   b) Merah Ungu = merah + ungu
   c) Merah Jingga = merah + jingga 
   d) Kuning Jingga = kuning + jingga
   e) Kuning Hijau = kuning + hijau
   f) Biru Hijau = biru + hijau



warna tertier


Oct 27, 2011

Warna

Warna merupakan unsur yang sangat penting dalam karya seni. Dalam bidang psikologi seni, warna dapat mempengaruhi emosi seseorang. 
Warna yang terang dan cerah menimbulkan perasaan yang riang dan gembira. Manakala, warna yang gelap menimbulkan perasaan yang muram dan sedih. Warna dijadikan alat komunikasi yang amat berkesan dalam seni visual. 



Jenis Garisan



Oct 26, 2011

Garisan

Garisan merupakan cantuman satu siri titik-titik. Ia juga merupakan unsur seni terpenting dalam aktiviti melukis, menggambar dan menulis.


Jenis- jenis  Garisan 

Jenis-jenis garisan boleh dikelaskan berdasarkan penggunaan bahan atau teknik yang menentukan rupa bentuk dan sifatnya. Contohnya, pen marker akan memberikan garisan tebal, pen memberikan kesan garisan halus manakala berus dan dakwat memberi kesan garisan kasar.
  • Garisan tebal
  • Garisan kasar
  • Garisan nipis
  • Garisan berlingkar
  • Garisan berbulu
  • Garisan pancaran
  • Garisan beralun
  • Garisan zig-zag
  • Garisan putus-putus
Garisan pada Alam Sekeliling


Garisan juga wujud pada objek alam sekeliling dan objek buatan manusia dalam rupa garisan yang tersembunyi di sebalik bentuk asalnya.

Contohnya : Pokok (garisan tebal) – ranting pokok ( garisan kasar) – Urat daun (garisan nipis)Titik hujan (garisan putus-putus) - Cendawan ( garisan pancaran )Benang ( garisan berbulu) – Jejari roda basikal ( grisan pancaran ) – Racun nyamuk ( garisan berlingkar) – Garisan pembahagi jalanraya (garisan putus-putus)


Kedudukan Garisan menimbulkan pelbagai Kesan Perasaan
1. Garisan melintang -memberi gambaran tenang.
2. Garisan pepenjuru - memberi gambaran pergerakan.
3. Garisan tegak - memberi gambaran teguh dan stabil.
4. Garisan pancaran - memberi gambaran bertenaga.


Garisan Pergerakan
Garisan dapat mencipta pergerakan ilusi dengan menghasilkan garisan berulang-ulang.
Contohnya : Garisan berlingkar - Garisan beralun -Garisan bergetar


Garisan untuk menimbulkan Bentuk
Garisan juga berupaya menimbulkan bentuk dengan menggunakan ton garisan.
Garisan yang rapat menimbulkan ton gelap manakala garisan yang berjarak atau jarang menimbulkan ton cerah.

Oct 21, 2011

Konsep Pendidikan Seni Visual

Pendahuluan : 
Bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran, dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar dengan mata pelajaran lain.

Maklamat :
Melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.
kandungan kurikulum berupaya membantu murid :
-meningkatkan rasa syukur terhadap tuhan,
-menghargai keindahan alam persekitaran,
-keindahan seni, warisan bangsa.

Objektif :
1. Hargai keindahan alam ciptaan tuhan
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan.
3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.