Nov 17, 2011

Membentuk Dan Membuat Binaan

  • menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari  segi  bentuk,  ruang,  struktur,  imbangan  dan  kestabilan.  
  • pelajar   dapat   memahami   dengan   lebih   jelas  bila   mereka   membentuk   dan   membina  sesuatu  model.
  • membentuk  dan  membuat  binaan  juga  mendedahkan  pelajar  dengan  penggunaan  pelbagai  bahan,  alat  dan  teknik  penghasilan.  
  • memberi peluang   kepada   murid   berinteraksi   secara   kreatif   dengan   alat   dan  bahan.
Membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti  seperti :

Arca Timbul 
-bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.



Arca Mobail
-bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail adalah kimpalan, gam, skru dan lipatan.


Arca Stabail
-bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.


Asemblaj
-bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru/paku atau gam.



Model
-bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buah-buahan. Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan acuan.


Diorama
-gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan.



Boneka
-model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik untuk penghasilan boneka adalah jalitan, gam, kimpalan dan skru.


Topeng
-mewatakkan semula imej manusia, binatang, atau unggas dalam konteks menampilkan semula kerangka yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan adalah gam, cantuman atau kimpalan.


Origami
-objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang digunakan adalah lupatan dan guntingan.




    Nov 6, 2011

    Corak Capan

    Bahan/Alatan : kertas lukisan, warna air/warna poster, berus, palet, pisau NT, ubi kentang, batang pisang dan bawang merah. 




    Langkah 1 : murid mewarnakan kertas lukisan. 


    Langkah 2 : murid sambil menunggu kertas lukisan kering sambil mengukir corak yang dikehendaki di atas ubi kentang. 
    corak yang diukir oleh murid

    Langkah 3 : murid sapukan warna air/warna poster pada ubi kentang serta batang pisang dengan menggunakan berus. Selepas itu, murid tekapkan ubi kentang dan batang pisang yang telah disapu warna ke atas kertas lukisan. 


    Langkah 4 : murid mengulang proses tersebut dengan kreativiti sendiri. 


    Murid-murid Tahun 4 mempamerkan hasil kerjanya. 

    Nov 5, 2011

    Rupa Positif Dan Rupa Negatif

    Bahan/Alatan :  kertas lukisan, kertas hitam, gunting dan glue. 


    Langkah 1 : murid melipat kertas lukisan menjadi empat petak. 





    Langkah 2 : murid mereka dan melukis corak yang dikehendaki di atas kertas hitam. 





    Langkah 3 : murid mengunting corak yang dilukis dan menggunakan glue untuk menampal di atas kertas lukisan. 


    Langkah 4 : murid mengulang langkah dua dan langkah tiga. 


    Murid- murid mempamerkan hasil kerjanya.  

    Nov 1, 2011

    Titisan Corak

    Bahan / Alatan : kertas lukisan, warna air, berus dan palet.


    Langkah 1 : bancuh warna dengan air berasingan dalam palet. 


    Langkah 2 : murid menitiskan cat air pada permukaan kertas lukisan. 


       Langkah 3 : murid menitiskan cat air dari atas dengan jarak yang berbeza untuk mendapatkan kesan yang berbeza. 


    Langkah 4 : murid mengulang langkah satu dan dua dengan menggunakan warna bagi mendapatkan corayang berbeza secara titisan.       



    Langkah 5 : murid mengeringkan hasil kerja. 




    Murid-murid Tahun 1 mempamerkan hasil kerjanya. ^^

    Membuat Corak Dan Rekaan

    Definisi

    • merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni. 
    • corak dapat didefinisikan sebagai suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. 
    • corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang.
    Corak Terancang
    • menggunakan motif yang disusun dengan teratur dalam susunan tertentu. 
    • menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. 
    • corak terancang mempunyai pengulangan motif. 
    Corak Tidak Terancang
    • dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu.
    • dihasilkan dengan cara titisan, renjisan, lipatan, pualaman, tiupan, ikatan & celup dan sebagainya.