Bahan/Alatan : kertas lukisan, warna air/warna poster, berus, palet, pisau NT, ubi kentang, batang pisang dan bawang merah.
Langkah 1 : murid mewarnakan kertas lukisan.
Langkah 2 : murid sambil menunggu kertas lukisan kering sambil mengukir corak yang dikehendaki di atas ubi kentang.
 |
corak yang diukir oleh murid |
Langkah 3 : murid sapukan warna air/warna poster pada ubi kentang serta batang pisang dengan menggunakan berus. Selepas itu, murid tekapkan ubi kentang dan batang pisang yang telah disapu warna ke atas kertas lukisan.
Langkah 4 : murid mengulang proses tersebut dengan kreativiti sendiri.
Murid-murid Tahun 4 mempamerkan hasil kerjanya.