Nov 17, 2011

Membentuk Dan Membuat Binaan

  • menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari  segi  bentuk,  ruang,  struktur,  imbangan  dan  kestabilan.  
  • pelajar   dapat   memahami   dengan   lebih   jelas  bila   mereka   membentuk   dan   membina  sesuatu  model.
  • membentuk  dan  membuat  binaan  juga  mendedahkan  pelajar  dengan  penggunaan  pelbagai  bahan,  alat  dan  teknik  penghasilan.  
  • memberi peluang   kepada   murid   berinteraksi   secara   kreatif   dengan   alat   dan  bahan.
Membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti  seperti :

Arca Timbul 
-bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.



Arca Mobail
-bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail adalah kimpalan, gam, skru dan lipatan.


Arca Stabail
-bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.


Asemblaj
-bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru/paku atau gam.



Model
-bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buah-buahan. Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan acuan.


Diorama
-gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan.



Boneka
-model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik untuk penghasilan boneka adalah jalitan, gam, kimpalan dan skru.


Topeng
-mewatakkan semula imej manusia, binatang, atau unggas dalam konteks menampilkan semula kerangka yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan adalah gam, cantuman atau kimpalan.


Origami
-objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang digunakan adalah lupatan dan guntingan.




    No comments:

    Post a Comment