Oct 28, 2011

Jenis Warna

Warna terbahagi kepada 3 bahagian. 

  • Warna Asas 
  • Warna Sekunder
  • Warna Tertier
Warna Asas 
- terdiri daripada warna merah , warna biru  dan kuning. 
- juga dikenali sebagai warna yang tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain.
- merupakan warna utama, yang mana apabila dicampurkan akan menghasilkan lain warna
.
warna asas

Warna Sekunder
- dipanggil warna kedua. 
- dicipta daripada campuran dua warna asas.  
- Warna Sekunder = warna asas + warna asas
- warna sekunder ialah jingga, hijau dan ungu.  
   a) Jingga = merah + kuning 
   b) Ungu = merah + biru
   c) Hijau = kuning + biru

warna sekunder

Warna Tertier
- terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna sekunder.
- Warna tertier = warna asas + warna sekunder
- warna tertier terdiri daripada : 
   a) Biru Ungu = biru + ungu
   b) Merah Ungu = merah + ungu
   c) Merah Jingga = merah + jingga 
   d) Kuning Jingga = kuning + jingga
   e) Kuning Hijau = kuning + hijau
   f) Biru Hijau = biru + hijau



warna tertier


1 comment:

  1. Bahagian warna ini paling digemari oleh saya. Ini disebabkan ia mengingatkan seorang cikgu seni yang garang di zaman persekolahan saya iaitu Cikgu Samsiah.Cikgu Samsiah yang berpotensi dan kreatif ini sangat menekankan campuran warna dan warna 'tone',maka dengan adanya ajaran Cikgu Samsiah maka saya berminat dalam alam seni.
    Saya berharap Cikgu Pei Ying juga dapat menjadi seorang Cikgu Seni yang dapat diingati oleh semua murid.Selain itu mendorong murid berminat dalam bidang seni yang sebegitu indah!

    ReplyDelete